Tuesday 21 July 2020

Kimoterapi untuk kali ke-2 bagi 12 cycle lagi.........

Assalamualaikum, Salam 1 Zulhijjah....

Tarikh nie 13 Julai 2020, saya kimoterapi untuk kali ke-2 sebanyak 12 cycle, kiranya line 2... Tahun lepas line 1..... Walaumacamanapun, kena lalui jugak supaya Kanser nie dapat hapus segera... Doktor tidak mencadangkan saya membuat rawatan Radioterapi sebabnya Kanser saya tu bersepah-sepah(kalau bahasa yang mudah difahamilah), bukannya pada satu tempat/kawasan sahaja.


Kimoterapi kali nie impaknya lebih sikit dari tahun lepas sebab ubat di tukar....dos bertambah...kesan jangan cakaplah berbeza kot dengan kimoterapi dulu...hehehe....

Kesan ubat kimo untuk line ke-2 nie, buat saya muntah sepanjang seminggu selepas kimoterapi. Minggu kedua plak cirit-birit. Yelah Doktor pun dah maklum kan masa mula-mula dulu saya kena kimo, kesan pada setiap orang berbeza-beza.......jadi kena hadapi dengan Positif.

Untuk ubat kimo kali ini , guna Folfiri berbeza dengan ubat masa line 1 tu Folfox......hampir sama dengan huruf didepan je 'F'..hehehe.


No comments:

Post a Comment