Tuesday 2 October 2018

Resepi Roti Jala...lembut sangat dan mudah

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

Thursday 13 September 2018

Review Ketupat Palas Ampang

Assalamualaikum, hari nie terlebih rajin sikit nak update blog hal Ketupat Palas......pernah rasa Ketupat Palas Ampang???

ketupat palas dalam kukusan...
Hari nie hendak review sikit lah, pasal Ketupat Palas Ampang nie......saya suka rasanya yang lemak dan menepati citarasa satu keluarga.....tak rugi kalau beli....hehehe...anak-anak pun makan macam tu jer, tanpa cicah dengan rendang atau serunding.......

Ada berbagai jenis Ketupat Palas yang dijual antaranya Ketupat Palas Tradisional, Ketupat Palas Jagung Manis, Ketupat Palas Kacang Merah dan Ketupat Palas Pulut Hitam.....jadi terpulang pada selera saudara/saudari.....

Ketupat Palas Ampang juga ada menyediakan serunding ayam, serunding daging dan juga ikan🤗

Kalau rasa hendak makan bila-bila boleh buat pesanan di instagram Ketupat Palas Ampang.

Ok...jumpa lagi...happy fuel your tummy guys...😁


Tart Kentang


Dah lama tinggalkan blog nie dekat 5 tahun menyepi maklumlah sibuk....hihihi...terkial-kial cari email dan password apa yang digunakan, sampai minta bantuan encik google (thanks).

Hari nie nak kongsi resepi Tart Kentang???Pernah makan tak??? Macam sedap jer dan enak bunyinya.....Moh saya, kongsi resepi Tart Kentang dari dapur http://sinaranmenu.blogspot.com/2011/11/tart-kentang.html



Tart Kentang......



Bahan-bahannya:

* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus
* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
* 1/2 biji bawang besar juga diparut
* sedikit potongan daun bawang
* 2 batang crab stick dipotong kecil
* 1/4 cawan susu
* 3 biji telur
* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk ladaputih ajishio secukup rasa

Cara memasak:

1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.


p/s : seriously tart kentang sangat sedap kalau di makan dengan sos MUDIM....ahaksss....ok happy fuel your tummy.