Tuesday 6 April 2021

Pengesanan Awal Kanser atau lebih mudah simptom awal....

 Pengesanan awal kanser boleh di buat melalui pelbagai cara seperti ujian makmal tapi itu semua permohonan dari Doktor , kita sebagai pesakit boleh juga membuat permohonan untuk jalani ujian2 yang diperlukan jadi jangan takut untuk berbincang dengan Doktor Pakar.

Salah satu cara hendak mengesan ialah perubahan pada diri yang saya kongsikan di bawah, hasil sumber dari Bahagian Kawalan Penyakit KKM.




Tidak semestinya tanda-tanda seperti di atas adalah kanser. Kene dapatkan rawatan dulu untuk pengesanan awal.

Ingat jangan takut dan jangan selalu bersangka-sangka maksudnya kita mesti akan cakap sikit je nie sakitnya, makan ubat kuranglah nanti....esok sembuhlah nie......tolong jangan suka buat macam tu sebab saya dah alaminya.....

Sekiranya ada perubahan  macam saya cakap pergilah berjumpa Doktor. Kalau kita sudah dapat sakit kanser kita tidak boleh berpatah balik pon. Sebab Allah pilih Kita yang penting sentiasa positif, banyak lakukan aktiviti yang sihat , kuat semangat, dekatkan diri pada Allah(bagi yang beragama Islam)dan pikir kita nak sihat. Okey!!!

Ok sekian dulu catatan saya nnt kita sambung balik.....😀

Naim Daniel - Purnama (Official Music Video)

 



 suka lagu nie sebab jadi lagu untuk ost 'taksempurnamencintaimu"😀😍

Alhamdulillah tidak perlu operate...

Assalamualaikum, 

Semalam jumpa Doktor , alhamdulillah tidak perlu operation lagi. Doktor bagitahu kalau operation peratus untuk pulih hanya 50-50. Jadi Doktor tidak mahu ambil risiko pada pesakit. Yelah Doktor tak nak dari pesakit boleh aktif melakukan aktiviti seperti memasak, basuh baju dan lain-lain jadi kurang aktif pulak selepas operation. 

Seperti saya setakat ini alhamdulillah ALLAH masih bagi peluang kesihatan pada saya walaupun saya adalah seorang #canserfighter....saya tak mahu jadikan sakit ini satu alasan untuk tidak melakukan aktiviti2 yang sihat dan menjalankan kehidupan seperti biasa.

#stillcanserfighter

Monday 5 April 2021

Temujanji Klinik Surgeri Bahagian Colorectal

 Assalamualaikum, 

Hari ini  temujanji Doktor bagi Klinik Surgeri. Macam biasa hari ini adalah temujanji setiap 6 bulan bagi melihat perkembangan pesakit. Harap-harap semuanya okey😁😀

Rindu nak keje sebenarnya dah lama sangat tinggalkan kawan-kawan pejabat. Hampir 2 tahun.

 Ya Allah permudahkanlah urusanku baik didunia mahupun diakhirat.😀😁 Aamiin Ya Rabbal Alamin.






Tuesday 30 March 2021

8 bulan bersawang😀🤭

Assalamualaikum,

Pertengahan Sya’ban, lagi 13 hari menjelang Ramadan bulan penuh keberkatan, rahmat dan keampunan. Semoga menjadi hamba Allah SWT yang berlumba-lumba melakukan kebaikan. 

Ya Allah, Engkau pertemukan lah aku dengan bulan Ramadan supaya dapat mempertingkatkan amal ibadahku. 

Salam Nisfu Sya’ban

#stillkanserfighter