Tuesday 24 July 2012

Ronda-ronda Di Kuala Terengganu...

Assalamualaikum....hari ketiga, saya ke Kuala Terengganu....jarak perjalanan dr
Kota Bharu ke Kuala Terengganu lebih kurang dlm 3 jam.....pagi2 lg kami dh bertolak....
sepanjang perjalanan kami, cuaca sgt baik.....kami cuma blk hari, tak tido pn kt
Kuala Terengganu tu....mula2 kami ke Masjid Kristal....teruja la kejap bila tgk masjid ni...
sgt2 cantik buatannya dan pemandangan disekitarnya.......

Selepas di Masjid Kristal tu, kami  ke pintu masuk Taman Tamaddun Islam yg bersebelahan
ngan Masjid Kristal ni....tapi Taman Tamaddun Islam tu kami tak masuk pun coz waktu dh lewat sgt......lgpn nk bertolak blk KL ptg dlm pukul 6.......InsyaAllah ada rezeki, kami akan ke Taman Tamaddun Islam.............:) a.k.a Terengganu.....










 Pasar Payang.....

 Pasar Payang.....

Tuesday 17 July 2012

Ronda-ronda di Kelantan Darul Naim (1)

Assalamualaikum....dah lama tidak update blog rasa2 nya...... Baru- baru nie diberi kesempatan jalan-jalan ke Kelantan Darul Naim......ok jugaklah dapat g  meronda2 disekitar bandar Kota Bharu...

Kami sekeluarga bertolak dari Pusat Bandar KL dari 0430pagi(14 Julai 2012), sampai lebih kurang 1130pagi tarikh yang sama, so far perjalanan Alhamdulillah berjalan dgn lancar(berhenti di Gua Musang sbntr) utk rehat n solat...lebih kurang 6 ke 7 jam perjalanan yg mencabar.......

Sampai je di Kota Bharu terus cari makanan(sbb perut pon dh mula nyanyi2, maklumlah keluar rumah awal pagi, anak ku Rasyiqah pn tengah lena dibuai mimpi ketika ayahnya angkat).....hehehe...makan pn kat tempat biasa di sekitar Wakaf Che Yeh, KB...

Lebih kurang jam 1200 tengahari, kami pn checkin di Wan Home Stay, berdekatan dgn Masjid Kota.....tuan rumah homestay nie mmg friendly..........rate satu malam RM80.00 (cewahhh, siap promote lagi).......Homestay nie dlm kawasan kampung, 10 minit je ke Wakaf Che Yeh tempat borong sakan tu.....hihihi.....

Thursday 29 March 2012

Peralatan Memasak.....bila agaknya???

  DIMENSIONS ANTOINETTE PAN
DIMENSIONS ANTOINETTE PAN

  

DIMENSIONS TULIP PAN 
DIMENSIONS TULIP PAN
Ehsan dari Wilton Products @http://www.2decoratecakes.com

Minat sangat-sangat dengan Kek Kukus Susu Rintik dAn Kek Batik Arora http://fromintankitchen.blogspot.com/ . Peralatan memasak yang cukup cantik......Jom cuci-cuci mata pun jadilah....

Tuesday 20 March 2012

Renungan Bersama........

Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka.
Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.

Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita.
Letakkan cinta Allah di  dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.
Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya.
Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.

petikan daripada iluvislam.com

Cake Pops by Bakerella