Dah lama tinggalkan blog nie dekat 5 tahun menyepi maklumlah sibuk....hihihi...terkial-kial cari email dan password apa yang digunakan, sampai minta bantuan encik google (thanks).
Hari nie nak kongsi resepi Tart Kentang???Pernah makan tak??? Macam sedap jer dan enak bunyinya.....Moh saya, kongsi resepi Tart Kentang dari dapur http://sinaranmenu.blogspot.com/2011/11/tart-kentang.html Tart Kentang......
Bahan-bahannya:
* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus
* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
* 1/2 biji bawang besar juga diparut
* sedikit potongan daun bawang
* 2 batang crab stick dipotong kecil
* 1/4 cawan susu
* 3 biji telur
* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk ladaputih ajishio secukup rasa
Cara memasak:
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.
p/s : seriously tart kentang sangat sedap kalau di makan dengan sos MUDIM....ahaksss....ok happy fuel your tummy. |
Thursday 13 September 2018
Tart Kentang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment